Tuesday, March 20, 2007

Ummi... Ibu... Emak...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidakkepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayiyang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibukaselimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaikbayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkanpandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang matadengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpakedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan danciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatuyang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu... Pulang darisekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yangkini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahubagaimana dia diejek rakan-rakan."Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahansebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai katasemangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlangdengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diriwalaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itubertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari pendermayang sanggup berkorban. Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemuidoktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorangpenderma, tapidia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah.Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang danrasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memujikecantikanparasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikanpelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggidalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, sayaingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalasjasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas siayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tibamasanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisikeranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yangkaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-duacuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendekrambutnya," si ayah berbisik ketelinga anaknya itu.

Thursday, March 8, 2007

Lirik Nasyid Khabar Iman - Raihan

Telah kita diberitakan
akan tibanya hari pengadilan
musibah melanda semesta alam
tiada siapa dapat menghalang

Bila manusia telah lupa
sujud menyembah kepada Yang Esa
dosa pahala tak dihiraukan lagi
hati telah gelap hilang cahaya


Lalu berbunyi sangkakala membelah langit
gegak gempita masing-masing berlindung diri
ibu kehilangan anak di kandungan
bintang yang di langit pun berguguran
kala itu taubatmu tidak berguna lagi

Telah kita diberitakan
akan tibanya hari kedatangan
musibah melanda semesta alam
tiada siapa yang dapat menghalang

Bila tibanya hari pengadilan
di padang mahsyar kita dihimpunkan
akan dihitung segala amalan
seperti mana yang telah diwahyukan

Lalu berbunyi sangkakalamembelah langit
gegak gempita masing-masing berlindung diri
ibu kehilangan anak di kandungan
bintang yang di langit pun berguguran
kala itu taubatmu tidak berguna lagi

Wahai muslimin umat semua
kembalilah kita kepada Allah
hindarkan diri dari dosa-dosa
agar di sana tiada penyesalan

Itulah... hari pengadilan...
itulah... hari perhimpunan...
itulah... hari perhitungan...
itulah... hari pengadilan...
itulah... hari perhimpunan...

Sekadar Renungan Bersama

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa);

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,

itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"


50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi."


56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

forwarded from gla_amieza@yahoo.com

Monday, March 5, 2007

Antara Anjing dan Awek...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit.
Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
"Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Kalau anda fikir anda Islam

Kalau anda fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...
Kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun...
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?? Selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh."
" Tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawakkan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."
"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur keagamaan.."
Lawak kan ??? Kenapa senyum.. tu kan realiti....

Hijab di dalam Islam

Assalamu'alaikum wr wb.

Ini sedikit ilmu untuk di kongsi bersama. Semoga ianya dapat membantu. Insya Allah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Hijab di dalam Islam

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNYA kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” [7:26]


Komuniti Muslim hari ini telah berbelah bahagi kerana perkara ini : Hijab. Walaupun syariat telah menyatakan dengan jelas dalam hal ini, masih ramai yang menyatakan bahawa menutup seluruh anggota badan ini kecuali muka dan tapak tangan tidak di jumpai di dalam Islam. Malah ada yang mengatakan hanya terdapat dalam bible dan tak kurang juga yang masih ragu-ragu tentang pemakaian tudung ini.

Di sini kita akan cuba melihat bukti dan dalil dalam Fiqh Islam mengenai perkara ini

Perkataan arab untuk “bertabir” ini adalah “hijab” atau bahasa inggerisnya “veil” atau “cover” iaitu “bertutup”. Dan di dalam Islam hijab ini merujuk kepada 2 perkara.

PERTAMA – Pakaian untuk wanita yang menutup dari kepala hingga ke kaki yang dikenali sebagai jilbab atau khimar.

KEDUA - Pembahagi antara dua tempat di mana mengasingkan lelaki dan perempuan seperti tabir, dinding atau penghadang.



Kewajiban Bertudung di dalam Al Quran

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya (jalabib) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (33:59)

Ibn Rushd di dalam kitab Bidaya al-Mujtahid (1:83) berkata bahawa ayat ini menunjukkan bukti bahawa tiada bahagian pada tubuh badan wanita yang di benarkan untuk di perlihatkan kepada mereka yang bukan mahram kecuali suami.

Al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini merujuk kepada jilbab iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuh badan termasuk kepala.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkannya dengan tudung kepala(khumuruh) mereka hingga ke dada..." (24:31) …kecuali yang di benarkan iaitu muka dan tapak tangan.

"... dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir (hijab).. . ." (33:53)


Kewajiban Berhijab menurut Hadith

Di antara dalil dalil mengenai hijab menurut Sunnah adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

"Di riwayatkan dari Aisyah (ra) katanya Asma’ anak Abu Bakar (ra) telah datang kepada Pesuruh Allah SAW semasa memakai pakaian yang nipis. Baginda mendekati Asma’ lalu berkata : ‘Wahai Asma’! Apabila seorang perempuan telah mencapai akil baligh, tiada apa pun yang boleh di dedahkan kecuali ini dan ini. Baginda menunjuk kepada muka dan tapak tangan.” Riwayat Abu Daud.

Ibn Qudama di dalam kitab al-Mughni (1:349) menjelaskan bahawa hanya di benarkan mendedahkan muka dan tapak tangan menurut hadis ini. “ Seluruh tubuh badan wanita adalah aurat [kepada mereka yang bukan mahram atau suaminya]” (mar’atu ‘awra)

`Berkata Aisyah (ra):”Aku sering memasuki kawasan di mana Baginda Rasulullah SAW dan ayahku Abu Bakar (ra) telah di kebumikan dahulu tanpa menutup kepala, kerana di situ hanyalah suami serta ayah ku. Tetapi setelah Umar Al Khattab(ra) kemudiannya di kebumikan di kawasan yang sama, Aku tidak memasukinya kecuali aku bertutup kepala kerana malu pada “Umar”.

Rasulullah SAW menyatakan kepada Ummu Salamah bahwa perempuan harus menutup kaki mereka sewaktu solat, di riwayatkan di dalam Sunan. “ Perempuan yang memakai pakaian tetapi telanjang, memalingkan kepala mereka dan mengikat rambut mereka seperti ponok unta, tidak akan memasuki Syurga bahkan tidak dapat mencium bau Syurga.”

`Aisyah (ra) menegaskan dalam persoalan yang sering diperkatakan, “ Apabila seorang perempuan telah mencapai akil baligh maka dia mesti menutup apa yang ditutup oleh ibunya dan yang di tutup oleh neneknya.” Tudung (al-khimar) di jelaskan oleh Aisyah (ra) sebagai “ Apa yang dapat menutup kedua dua rambut dan kulit.” (innama al-khimaru ma wara al-sha`r wa al-bashar).


Tudung

Khimar (majmuk khumur) merujuk kepada tudung kepala, oleh yang demikian terjemahan jelas untuk ayat 24:31 adalah: “dan melabuhkan tudung kepala (khumurihinna) mereka hingga ke dada..." (24:31)

Adalah menjadi pegangan untuk memahami terjemahan kepada suruhan untuk “melabuhkan tudung kepala “ di kalangan wanita di zaman Sahabat, zaman tabiin dan zaman tabib tabiin, dan juga pandangan dari ke empat empat Mazhab, adalah merujuk kepada menutup keseluruhannya kecuali muka dan tangan:

Abu Hurairah (ra) telah menceritakan mengenai perbualannya bersama ibunya:
Aku telah bertemu Baginda Rasulullah SAW sambil menangis berkata:
“ Wahai Pesuruh Allah, aku telah menjemput ibuku kepada Islam dan ibuku masih menolak. Hari ini aku bertanya lagi kepada ibuku, dan ibuku telah berkata sesuatu mengenaimu yang mana aku tidak suka mendengarnya. “Suruh Allah memberi petunjuk kepadaku!” Kata ibu Abu Hurairah.

Lalu Rasulullah bersabda:
“ Ya Allah, kurniakan petunjuk kepada ibu Abu Hurairah.”

Kemudian Abu Hurairah pun pulang kerumah dengan perasaan lega setelah di doakan oleh Rasulullah SAW. Apabila Abu Hurairah sampai ke rumah dia mendapati pintunya tertutup. Mendengar kepulangan Abu Hurairah Ibunya berkata:
“ Abu Hurairah, jangan masuk rumah lagi.”

Abu Hurairah terdengar bunyi air. Ibunya membersihkan diri dan memakai jubah (dir’) dan menutup kepala (Khimar) kemudian membuka pintu dan berkata :
” Abu Hurairah, Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah!”

Abu Hurairah terus kembali kepada Rasulullah SAW dalam tangisan kegembiraan dan berkata:
“ Wahai Pesuruh Allah SAW, ada berita baik! Allah telah memakbulkan permintaanmu dan telah memberi petunjuk kepada ibuku!”

Rasulullah SAW mengagung dan memuji Allah, bersyukur dan memuji.

Lalu Abu Hurairah berkata :
“Ya Rasullullah SAW pohonlah kepada Allah menjadikan Aku dan ibuku mencintai hambaNYA dan menjadikan hambaNYA mencintai kami.”

Lalu berdoalah Rasululah SAW,
” Ya Allah jadikan hambaMu yang kerdil ini (merujuk kepada Abu Hurairah) dan ibunya mencintai hambaMU dan mereka juga mencintai mereka berdua.” Tidak akan ada seorang pun yang telah di jadikan Allah mengetahui mengenaiku tanpa bertemu denganku kecuali mereka menyintaiku.

Aisyah (ra) berkata:” Demi Allah, Aku tidak pernah melihat mana mana wanita yang lebih baik dari wanita Ansar yang lebih kuat berpegang kepada Kitab Allah! Apabila surah al Nur telah di turunkan –“dan labuhkan khumur hingga ke dada. ..(24:31)— yang lelaki pulang ke rumah masing masing dan menyampaikan ayat tersebut kepada isteri mereka, anak perempuan mereka, adik dan kaka mereka serta saudara mara mereka. Manakala tidak ada seorang perempuan pun di kalangan mereka yang tinggal di situ melainkan mereka tangkas bangun dan membuka lebihan pakaian mereka lalu menutup diri mereka dari kepala hingga ke kaki (I’jtajarat) dengannya. Lalu mereka menunaikan solat subuh seterusnya dengan menutup dari kepala hingga ke kaki (mu’tajirat).”

Semoga kita semua mendapat manfaat.

Wallahualam
And Allah knows best.
(www.raudhah.com)

Saturday, March 3, 2007

min aina ila aina...

apa yang kita cari dalam hidup kita? selama kita hidup di dunia ini, apa yang kita mahu dan kehendaki sebenarnya...? adakah status? kekayaan? kawan? kasih sayang semata-mata?
sebenarnya... kita mungkin tidak pernah sedar bahawa apa yang perlu kita cari, dan apa yang wajib kita cari sepanjang kehidupan kita di dunia ini... hanyalah satu...
iaitu... keredhaan Allah S.W.T...
insya 4JJI... apabila kita mendapat keredhaan-Nya... kita akan mendapat segala-galanya yang kita mahukan... yang penting dan yang pasti apabila kita menyandarkan segala urusan dan kehendak kita kerana 4JJI, kita pasti akan mendapat kebahagiaan dan kejayaan yang hakiki... bukan sahaja di dunia... bahkan di hari pengadilan...
sesungguhnya 4JJI tidak menjadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada-Nya...
so, kita mesti sedar... dari mana kita datang... kenapa kita datang dan ke mana kita akan kembali... insya4JJI, kita akan lebih bahagia dan hidup kita lebih bermakna...
aku cadangkan korang baca buku Cinta Sang Ratu. penulisnya Ramlee Awang Murshid. tp, sblm tu, bacalah Bagaikan Puteri novel penulis yang sama... aku pasti korang akan rasa sebagaimana apa yang aku rasa... insya 4JJI...

Thursday, March 1, 2007

Salam... ohayo gozaimasu...

Alhamdulillah... setelah berkali-kali saya mencuba untuk create blog nie... akhirnya ia berjaya jugak dibangunkan... semoga ia satu permulaan sebagai wadah untuk menyampaikan, menerima, bahkan berkongsi ilmu Allah di dunia ini... insya Allah...
Blog nie disediakan untuk berkongsi mengenai apa-apa sahaja... x kira la ilmu dunia bahkan ilmu akhirat... kan ilmu tu lebih luas dari alam ciptaan Allah nie...
Apa-apa pun, saya harap ilmu dan ukhuwwah yang terbina kerana Allah melalui blog ini diredhai-Nya... insya Allah...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum...