Monday, March 5, 2007

Hijab di dalam Islam

Assalamu'alaikum wr wb.

Ini sedikit ilmu untuk di kongsi bersama. Semoga ianya dapat membantu. Insya Allah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Hijab di dalam Islam

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNYA kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” [7:26]


Komuniti Muslim hari ini telah berbelah bahagi kerana perkara ini : Hijab. Walaupun syariat telah menyatakan dengan jelas dalam hal ini, masih ramai yang menyatakan bahawa menutup seluruh anggota badan ini kecuali muka dan tapak tangan tidak di jumpai di dalam Islam. Malah ada yang mengatakan hanya terdapat dalam bible dan tak kurang juga yang masih ragu-ragu tentang pemakaian tudung ini.

Di sini kita akan cuba melihat bukti dan dalil dalam Fiqh Islam mengenai perkara ini

Perkataan arab untuk “bertabir” ini adalah “hijab” atau bahasa inggerisnya “veil” atau “cover” iaitu “bertutup”. Dan di dalam Islam hijab ini merujuk kepada 2 perkara.

PERTAMA – Pakaian untuk wanita yang menutup dari kepala hingga ke kaki yang dikenali sebagai jilbab atau khimar.

KEDUA - Pembahagi antara dua tempat di mana mengasingkan lelaki dan perempuan seperti tabir, dinding atau penghadang.



Kewajiban Bertudung di dalam Al Quran

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya (jalabib) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (33:59)

Ibn Rushd di dalam kitab Bidaya al-Mujtahid (1:83) berkata bahawa ayat ini menunjukkan bukti bahawa tiada bahagian pada tubuh badan wanita yang di benarkan untuk di perlihatkan kepada mereka yang bukan mahram kecuali suami.

Al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini merujuk kepada jilbab iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuh badan termasuk kepala.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkannya dengan tudung kepala(khumuruh) mereka hingga ke dada..." (24:31) …kecuali yang di benarkan iaitu muka dan tapak tangan.

"... dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir (hijab).. . ." (33:53)


Kewajiban Berhijab menurut Hadith

Di antara dalil dalil mengenai hijab menurut Sunnah adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

"Di riwayatkan dari Aisyah (ra) katanya Asma’ anak Abu Bakar (ra) telah datang kepada Pesuruh Allah SAW semasa memakai pakaian yang nipis. Baginda mendekati Asma’ lalu berkata : ‘Wahai Asma’! Apabila seorang perempuan telah mencapai akil baligh, tiada apa pun yang boleh di dedahkan kecuali ini dan ini. Baginda menunjuk kepada muka dan tapak tangan.” Riwayat Abu Daud.

Ibn Qudama di dalam kitab al-Mughni (1:349) menjelaskan bahawa hanya di benarkan mendedahkan muka dan tapak tangan menurut hadis ini. “ Seluruh tubuh badan wanita adalah aurat [kepada mereka yang bukan mahram atau suaminya]” (mar’atu ‘awra)

`Berkata Aisyah (ra):”Aku sering memasuki kawasan di mana Baginda Rasulullah SAW dan ayahku Abu Bakar (ra) telah di kebumikan dahulu tanpa menutup kepala, kerana di situ hanyalah suami serta ayah ku. Tetapi setelah Umar Al Khattab(ra) kemudiannya di kebumikan di kawasan yang sama, Aku tidak memasukinya kecuali aku bertutup kepala kerana malu pada “Umar”.

Rasulullah SAW menyatakan kepada Ummu Salamah bahwa perempuan harus menutup kaki mereka sewaktu solat, di riwayatkan di dalam Sunan. “ Perempuan yang memakai pakaian tetapi telanjang, memalingkan kepala mereka dan mengikat rambut mereka seperti ponok unta, tidak akan memasuki Syurga bahkan tidak dapat mencium bau Syurga.”

`Aisyah (ra) menegaskan dalam persoalan yang sering diperkatakan, “ Apabila seorang perempuan telah mencapai akil baligh maka dia mesti menutup apa yang ditutup oleh ibunya dan yang di tutup oleh neneknya.” Tudung (al-khimar) di jelaskan oleh Aisyah (ra) sebagai “ Apa yang dapat menutup kedua dua rambut dan kulit.” (innama al-khimaru ma wara al-sha`r wa al-bashar).


Tudung

Khimar (majmuk khumur) merujuk kepada tudung kepala, oleh yang demikian terjemahan jelas untuk ayat 24:31 adalah: “dan melabuhkan tudung kepala (khumurihinna) mereka hingga ke dada..." (24:31)

Adalah menjadi pegangan untuk memahami terjemahan kepada suruhan untuk “melabuhkan tudung kepala “ di kalangan wanita di zaman Sahabat, zaman tabiin dan zaman tabib tabiin, dan juga pandangan dari ke empat empat Mazhab, adalah merujuk kepada menutup keseluruhannya kecuali muka dan tangan:

Abu Hurairah (ra) telah menceritakan mengenai perbualannya bersama ibunya:
Aku telah bertemu Baginda Rasulullah SAW sambil menangis berkata:
“ Wahai Pesuruh Allah, aku telah menjemput ibuku kepada Islam dan ibuku masih menolak. Hari ini aku bertanya lagi kepada ibuku, dan ibuku telah berkata sesuatu mengenaimu yang mana aku tidak suka mendengarnya. “Suruh Allah memberi petunjuk kepadaku!” Kata ibu Abu Hurairah.

Lalu Rasulullah bersabda:
“ Ya Allah, kurniakan petunjuk kepada ibu Abu Hurairah.”

Kemudian Abu Hurairah pun pulang kerumah dengan perasaan lega setelah di doakan oleh Rasulullah SAW. Apabila Abu Hurairah sampai ke rumah dia mendapati pintunya tertutup. Mendengar kepulangan Abu Hurairah Ibunya berkata:
“ Abu Hurairah, jangan masuk rumah lagi.”

Abu Hurairah terdengar bunyi air. Ibunya membersihkan diri dan memakai jubah (dir’) dan menutup kepala (Khimar) kemudian membuka pintu dan berkata :
” Abu Hurairah, Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah!”

Abu Hurairah terus kembali kepada Rasulullah SAW dalam tangisan kegembiraan dan berkata:
“ Wahai Pesuruh Allah SAW, ada berita baik! Allah telah memakbulkan permintaanmu dan telah memberi petunjuk kepada ibuku!”

Rasulullah SAW mengagung dan memuji Allah, bersyukur dan memuji.

Lalu Abu Hurairah berkata :
“Ya Rasullullah SAW pohonlah kepada Allah menjadikan Aku dan ibuku mencintai hambaNYA dan menjadikan hambaNYA mencintai kami.”

Lalu berdoalah Rasululah SAW,
” Ya Allah jadikan hambaMu yang kerdil ini (merujuk kepada Abu Hurairah) dan ibunya mencintai hambaMU dan mereka juga mencintai mereka berdua.” Tidak akan ada seorang pun yang telah di jadikan Allah mengetahui mengenaiku tanpa bertemu denganku kecuali mereka menyintaiku.

Aisyah (ra) berkata:” Demi Allah, Aku tidak pernah melihat mana mana wanita yang lebih baik dari wanita Ansar yang lebih kuat berpegang kepada Kitab Allah! Apabila surah al Nur telah di turunkan –“dan labuhkan khumur hingga ke dada. ..(24:31)— yang lelaki pulang ke rumah masing masing dan menyampaikan ayat tersebut kepada isteri mereka, anak perempuan mereka, adik dan kaka mereka serta saudara mara mereka. Manakala tidak ada seorang perempuan pun di kalangan mereka yang tinggal di situ melainkan mereka tangkas bangun dan membuka lebihan pakaian mereka lalu menutup diri mereka dari kepala hingga ke kaki (I’jtajarat) dengannya. Lalu mereka menunaikan solat subuh seterusnya dengan menutup dari kepala hingga ke kaki (mu’tajirat).”

Semoga kita semua mendapat manfaat.

Wallahualam
And Allah knows best.
(www.raudhah.com)

No comments: